Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1969
Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1969

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1969

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1969 atau Sukan Semenanjung Asia Tenggara ke-5 telah diadakan di Rangoon, Burma pada 6 Disember - 13 Disember 1969. Pada asalnya, Vietnam dipilih menjadi tuan rumah. Walau bagaimanapun, akhirnya mereka menarik diri berikutan Perang Vietnam sedang melanda pada masa itu. Singapura, anggota termuda Persekutuan SEAP pada masa itu, memilih edisi ini untuk menukar nama temasya sukan asal kepada 'South-East Asian Games'. Walaupun ia tidak dinyatakan secara rasmi, Indonesia dan Filipina meminta pertolongan daripada pihak persekutuan untuk mengurangkan masalah berkaitan negara tuan rumah, juga untuk meningkatkan tahap piawaian temasya ini lebih tinggi. Selepas kejayaan penganjuran tuan rumah yang ke-5, Burma menyatakan untuk menarik diri menjadi tuan rumah lagi berikutan kestabilan kewangan negaranya tidak menentu.

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1969

Penyertaan negara 7
Upacara pembukaan 6 Disember, 1969
Tempat upacara Stadium Bogyoke Aung San
Bandar tuan rumah Yangoon, Burma
Sukan 15 jenis sukan
Upacara penutupan 13 Disember, 1969